Sunday, 22 May 2011

Kriteria Pemilihan Murid Prasekolah

Warganegara Malaysia sahaja mengikut keutaaman berikut :


             MURID                            BAPA                                        IBU
 1.   Warganegara                  Warganegara                         Warganegara
 2.   Warganegara                  Warganegara                       Penduduk Tetap
 3.   Warganegara                Penduduk Tetap                      Warganegara
 4.   Warganegara                Penduduk Tetap                    Penduduk Tetap
 5                               Bukan warganegara tidak layak

Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun ke atas pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa,
(Keutamaan kepada kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, jika tidak mencukupi barulah pemilihan dibuat dikalangan kanak-kanak berumur 4 tahun).

Keutamaan pemilihan berdasarkan kriteria berikut :
 
 1.3.1 Kanak-kanak yang mendaftar ke Tahun Satu di sekolah tersebut.
    
1.3.2 Merit pendapatan ibubapa/penjaga di bawah garisan kemiskinan dan ranking pendapaatn perkapita
         keluarga dari rendah ke tinggi seperti berikut:

  • kurang dari RM 1,000.00

  • RM 1,001.00 hingga RM 1,500.00

  • RM 1,501.00 hingga RM 2,000.00

  • RM 2,001.00 hingga RM 3,000.00

  • RM 3,001.00 hingga RM 4,000.00

  • RM 4,001.00 hingga RM 5,000.00

  • RM 5,001.00 ke atas    
1.3.3  Tanggungan ibubapa/penjaga. (keramaian anak yang masih belajar)
1.3.4  Status ibubapa/penjaga

Jumlah bilangan murid setiap kelas hendaklah seperti berikut :
1.4.1 Kelas perdana hendaklah tidak melebihi 25 orang murid.
 1.4.2 Kelas integrasi hendaklah tidak melebihi 7 orang murid.  

PROSES PERMOHONAN DAN PEMILIHAN

Pihak sekolah hendaklah membuat siaran permohonan murid prasekolah secara meluas dan menerima banyak permohonan sehingga tarikh tutup melalui kaedah berikut:

  • Banner' di kawasan hadapan sekolah

  • Surat pemakluman kepada penjaga yang anaknya didaftar di sekolah tersebut.

  • Poster yang ditampal di masjid, surau atau kedai.
Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatnkuasa Pemilihan Murid Prasekolah yang terdiri daripada:

  • Guru Besar                              : Pengerusi

  • GPK Pentadbiran                    : Naib Pengerusi

  • Guru Prasekolah                     : Setiausaha

  • Guru Tahap 1                         : AJK

  • Guru Tahap 2                         : AJK

  • Wakil Komuniti                      : AJK

  • Pembantu Pengurusan Murid  : Pencatat   
Semua permohonan hendaklah diperakui dan direkod oleh Jawatnkuasa Pemilihan Murid Prasekolah.

Keputusan semua permohonan sama ada berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pemohon melalui surat rasmi.

Pihak sekolah hendaklah mengeluarkan surat tawaran dan borang penerimaan kemasukan murid prasekolah kepada ibubapa/penjaga yang berjaya.

Sekiranya terdapat calon yang menolak tawaran tersebut, pihak jawatankuasa pemilihan berhak memilih calon-calon simpanan mengikut senarai keutamaan. 

Ehsan: Prasekolah Semaian Subur

Thursday, 19 May 2011

Sambutan Hari Guru SKBL 2011

Tarikh: 16 Mei 2011
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara



Beratur untuk ke Dewan Datin Halimah


Backdrop
Bacaan Perutusan daripada PM
Nyanyian lagu "Guru Malaysia"
Bacaan Ikrar
Persembahan Murid
Anugerah Guru Cemerlang SKBL 2011
Hadiah murid kepada Guru
Hadiah murid kepada PPM
Tanda ingatan murid kepada guru dan ppm.

Wednesday, 18 May 2011

Trace Font

TRACE FONT

Salam…
Bagi yang ingin menghasilkan Trace font atau kadang-kadang disebut huruf putus-putus anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan MsWord.
trace font
Apa yang perlu anda buat ialah:
1. Download font trace (klik disini untuk download)
2. Buka dan cari fail yang anda download tadi Copy file font trace tadi
trace font 1

3. start - Control panel – folder fonts (double click)– edit - paste
trace font 2
4. Buka Ms Word – tukarkan font kepada trace
trace font 3
5. Anda bolehlah mula membuat font dot-dot atau trace font untuk latihan menulis anak-anak anda.

Selamat Mencuba


Tuesday, 10 May 2011

Tema: Kenderaan Darat


Aktiviti: Merekodkan Nombor Pendaftaran Kereta Guru

(ST 2.1.8)
Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan.






Murid belajar membuat pemerhatian dan merekodkan hasil pemerhatian tersebut di dalam bentuk yang mudah. Konsep sains yang menarik walaupun hasil tulisan murid tidak menarik kerana mereka menulis di atas permukaan yang tidak rata.

Monday, 9 May 2011

JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH
 DAERAH HULU PERAK 2011

PENAUNG
En. Abdul Wahid bin Nuruddin
                    (Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak)


PENASIHAT  I
(Penolong PPD Prasekolah dan Permata)


PENASIHAT  II
En. Mahamad bin Md. Noh
                 (Penyelia Sekolah Rendah)
 
PENASIHAT  III
                  En Ahmad Yusof bin Tarmuji
                                 (Guru Besar SK Sri Adika Raja)


PENGERUSI
 Mohamad Fadli bin Harun 
(SK Basia Lama, Gerik)

NAIB  PENGERUSI
Pn. Noorul Dalilah binti Harun
 (SK Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik)
 

SETIAUSAHA                                               NAIB  SETIAUSAHA
               Pn. Nor Hayati binti Yahya                                  Pn. Norliza binti A. Rauf
               (SK Sri Adika Raja, Gerik)                       (SK Banggol Belimbing, Lenggong)
                       
BENDAHARI
En. Norhasni bin Ismail`
     (SK (F) Papulut, Gerik)           

AHLI JAWATANKUASA
 1.   En. Mohamad Azli bin Azahari  (SK Kuak Hulu, Pengkalan Hulu)
 2.   En. Ruslan bin Kamaruddin  (SK Lenggong, Lenggong)
 3.   En. Mohd Nazri bin Mohd Razali (SK Ganda Temengor, Gerik)
 4.   Pn. Zakiah binti Zarkasi (SK Kuak Luar, Pengkalan Hulu)
 5.   Pn. Norishah binti Ramli@Romle  (SK Bongor, Gerik)
 6.   Pn. Nur Suhaida binti Khazali (SK Klian Intan, Pengkalan Hulu)
 7.   Pn. Najihah binti Yaacob (SK (F) Lepang Nenering, Pengkalan Hulu)
 8.   Pn. Rohaya binti Ariffin (SK Kerunai, Gerik)
 9.   Pn. Noranin binti Abdullah (SK Pahit, Gerik)
10.  Pn. Nor Ashikin binti Mohamed Nor (SK Lubok Kawah, Lenggong)
11.  Pn. Noor Basyarina binti  Abd Hamid (SK (F) Lawin Selatan)
12.  Cik  Phuah Fong Gee ( SJKC Chuang Wa)

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Guru 2011


Sejarah 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


OBJEKTIF SAMBUTAN HARI GURU

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Hari Guru

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara




Lagu Rasmi Hari Guru


GURU MALAYSIA
Lagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetapkan kami tunaikan





IKRAR GURU


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Sajak "Guru O Guru"



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


"Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik terutamanya di:
SKBL (sekarang)
SK. RKT Bersia (1985-1990)
SMA. Izzuddin Shah, Ipoh (1991-1995)
IIUM Matriculation Centre (1996-1998)
IIUM, Main Campus, Gombak (1998-2002)





Wednesday, 4 May 2011

PERKONGSIAN MAKLUMAT
MESYUARAT JAWATAN KUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH NEGERI PERAK BIL 1/2011

TARIKH                :               26,27 DAN 28HB. APRIL 2011
TEMPAT              :               HOTEL SRI MALAYSIA, TAIPING

TAKLIMAT DARI KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (En. Abdul Majid b. Yusof)
1.1    Guru Besar adalah ‘man power’ di sekolah.
1.2    Ada 4 fungsi pengurusan ;
a.       to forecast and to plan
b.       to organise
c.        to command ( guide, lead and motivate)
d.       to co-ordinate and to control
1.3    Setiap mesti guna logo baru ‘ Perak sentiasa di puncak kecemerlangan’


1.4    Setiap organisani dan panatia mesti ada Visi dan Misi
a.       value (25%) – t/j mematuhi arahan diri
b.       system (35%) – Dokumentasi, Delivery, Monitoring, Evaluating, Target
c.        leadership (40%) – Kepimpinan, Fokus, Strategik, Energetik
1.5    Pakaian rasmi kakitangan kerajaan ( pendidik) – baju rasmi kaum Melayu, Cina dan India. ( Punjabi tidak dibenarkan)
1.6    Pemakaian kasut khasnya wanita – bertutup di hadapan kaki dan bertumit.
1.7    Pengawai Intrim Pendidikan Awal Kanak-kanak/Permata dan yang lain-lain adalah secara berkontrak, akan tamat 2012  dan akan disambung mengikut keperluan – ada kelayakan cuti tahunan – tiada pengganti.


1.8    4 langkah Peningkatan Budaya Kerja
a.       Unfreezing – mengubah ‘mindset’ (cairkan)
b.       Forming – tanam visi dan misi (acuan)
c.        Forming 2 – pengekalan
d.       Refreezing – ‘values to reality’ (bekukan semula)

TAKLIMAT DARI PENOLONG PENGARAH PRASEKOLAH – Tn. Hj. Mohd Puat b. Yusof
2.1 NKRA Pendidikan  akan tamat tahun 2012- harap capai sasaran
                                               a.   Prasekolah – 72% enrolmen murid prasekolah ( +4 dan +5 tahun) menjelang 2010
                                               b.   LINUS – 90% murid kuasai menjelang 2010 dan 95% menjelang 2011
                                               c.   Sekolah Berprestasi Tinggi
                                               d.   Tawaran Baru kepada pemimpin sekolah (Bai ah)
2.2  Minta guru pastikan ;
a.   Tarikh lahir murid prasekolah – 01.01.2007 adalah murid termuda sekarang (+4 tahun)
b.   Taraf kewarganegaraan – mesti ada sijil lahir
c.   Anak tidak sah taraf – mesti ada dokumentasi pendaftaran, kalau tidak pasti hubungi
      bahagian pendaftatran atau pengurusan prasekolah.
2.3    7 Teras Pendidikan Prasekolah Berkualiti dan Berkemampuan  ;
a.       Penubuhan J/K Pelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Sektor Prasekolah, KPM.
b.       Pelaksanaan KSPK
c.        Penyeragaman bantuan kepada semua murid prasekolah KPM
d.       Meningkatkan kualiti guru dan PPM
e.       Tambahkan bilangan kelas prasekolah di kawasan, miskin bandar, luar bandar dan pendalaman
f.         Tingkatkan perkonsian pintar kerajaan dengan pihak swasta
g.       Wujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
2.4    Ada pembekalan komputer baru, alatan permainan luar, barangan elektrik dan perabot untuk kelas prasekolah tahun 92, 2002 dan 2003 – sampai boleh buat pelupusan
2.5    Terdapat sebanyak 768 buah kelas prasekolah di seluruh negeri perak sehingga kini.

TAKLIMAT DARI PENYELIA PRASEKOLAH – En. Ayub b. Don
3.1    Terkini dan bukan muktamad, peluasan kelas prasekolah sebanyak 28 buah pada tahun 2012 dan 11 buah pada tahun 2013
3.2    Komplek Prasekolah TLDM, Lumut  telah siap terbina – 20 buah kelas – belum ada waran untuk dibuka lagi – prasekolah pertama ada GB dan pentadbiran sendiri.
3.3    Rasional kelas prasekolah di SMK kerana hendak mencapai sasaran kerajaan – selagi tanah KPM
3.4    Terkini akan wujud sektor prasekolah dan Ketua Pengarahnya sendiri.
3.5    Tarikh 3hb. Mei 2011, ada penempatan guru pensiswazahan baru.
3.6    Peluasan kelas prasekolah di daerah hendaklah dicalonkan oleh PPD Daerah dan pengawai prasekolah ke JPN.
3.7    Menjelang 2012, Prasekolah akan dimasukan dalam UNESCO – 3 prinsip
a.       Keselamatan
b.       Kesihatan
c.        Kualiti
3.8    Akan ada pemantauan dari UNESCO – menu 1 Malaysia telah siap dan dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk kelulusan.
-          ikut keperluan kalori gender murid lelaki dan perempuan
3.9    Sebagai persediaan dari segi keselamatan- grill  pintu tidak dikunci  ketika murid di dalam kelas
-          pastikan tiada sebarang  halangan pada pintu keluar
-          glove untuk PPM (pegang kuali atau periuk panas)
-          penutup mulut PPM ketika membersihkan habuk ( pastikan murid telah pulang)

3.10Perkataan “Penyediaan makanan murid prasekolah’ dibawah istilah KPM bermaksud PPM memasak.
3.11Urusan PPM di bawah Sumber Manusia.
3.12Kes ada kelas tidak dibenarkan memasak masih dalam rayuan lagi.  Kelas-kelas prasekolah yang lain berjalan seperti kebiasaan.
3.13Duit Makan Murid RM1.80 sehari – habiskan ikut bulan.
3.14Duit PCG dalam cadangan dari RM100.00 ke RM300.
3.15Duit Kokurikulum Murid Prasekolah RM25.00 untuk aktiviti berkaitan kokurikulum
3.16Kelas peluasan yang akan dibuka, minta GB dan guru prasaekolah hantar senarai keperluan.
3.17Setiap daerah dikehendaki wujudkan J/K Pengurusan Prasekolah di daerah masing, hantar senarai J/K kepada segera.
3.18Pemantauan akan dijalankan bermula Mei – bukan cari kesalahan, cari kelemahan dan baiki bersama
3.19Pemasalahan dalaman sekolah hendaklah diselesaikan secara baik.
3.20Hasil pemantauan nanti jadikan panduan dan bukannya ‘dalil’

TAKLIMAT PENYELIA PRASEKOLAH – En. Zainor b. Zulkifli
4.1    Minta semak semula SMPK kerana sistem telah diperbaiki
4.2    Jika masih ada masalah, minta guru  catatkan pemasalahan dan hantarkan kepadanya – tindakan pegawai prasekolah
4.3    Sasaran pemantauan tahun ini 300 kelas prasekolah di seluruh Negeri Perak
4.4    Hulu Perak ;
Zon Lenggong  - En. Zainor b. Zulkifli
SK Gelok, SK Banggol Belimbing, SK Lubuk Kawah

Zon Gerik
SK Bersia Lama – En. Zainor b. Zulkifli
SMK Teknik – Tn. Hj. Mohd Puat b. Yusof


Dicatat dan dilaporkan oleh,
Pn. Noorul Dalilah bt. Harun
JU Negeri Perak

Tarikh  :  29hb. April 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Murid Prasekolah Wawasan 2011

Murid Prasekolah Bestari 2011

SKBL

Kelas Prasekolah Bestari

Kelas Prasekolah Wawasan