Wednesday, 13 July 2011

Sukaneka Prasekolah 2011

Tarikh: 04 Julai 2011
Masa: 9.00 pagi-11.45 pagi
Tempat: Padang SKBL


 Sukaneka Prasekolah SKBL bagi tahun 2011 telah diadakan pada 4 Julai 2011 di padang SKBL. Walaupun diadakan secara sederhana, sambutan tetap meriah dan telah dihadiri oleh warga sekolah dan ibu bapa murid prasekolah. 

Berikut adalah ringkasan aktiviti yang telah berlangsung semasa sukaneka tersebut.

8.30 pg - Ketibaan  ibu bapa/penjaga
9.00 pg - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis, En. Mohamad Fadli bin Harun (Guru Prasekolah)
            - Bacaan doa oleh Ustaz Abd. Rahman bin Md. Zain
            - Senamrobik diketuai oleh pasukan Senamrobik SKBL
            - Acara sukaneka Murid
                 - Musang Berjanggut
                 - Lari Banjir
                 - Tangan Gergasi
                 - Cari Mutiara
             - Acara sukaneka ibubapa dan murid
                 - Tiup Belon
                 - Tikar Terbang
                 - Lari Marathon
              - Penyampaian Hadiah oleh Pn. Rodziah binti Zol (PK Ko-Kurikulum)
              - Jamuan        
       11.45- Majlis bersurai
Bacaan doa.. semoga semuanya berjalan lancar





senamrobik...

Ibubapa yang hadir

Antara guru-guru yang banyak membantu
Hadiah acara murid
Hadiah acara ibubapa dengan murid
1..,2..., MULA
Cari Mutiara (Rebut gula-gula)

 Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan sukaneka ini. Guru-guru yang menjadi hakim, pasukan senamrobik SKBL yang mengetuai senamrobik, ibubapa dan murid yang mengambil bahagian dalam semua acara yang disediakan. TERIMA KASIH. 



















Thursday, 30 June 2011

Perjumpaan Ibubapa/Waris Murid Prasekolah kali ke 3/2011

Tarikh; 30 Jun 2011
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Kelas Prasekolah Wawasan
Turut Hadir: Tn. Abdul. Malik bin Abd. Rahman (Guru Besar SKBL)
Kehadiran Ibubapa/Waris: 20 orang

Agenda:
-kehadiran murid ke sekolah-amat memuaskan
-aktiviti sekolah-penglibatan ibubapa bapa amat baik
-perancangan aktiviti-sukaneka prasekolah sempena temasya kejohanan olahraga SKBL pada 4/7/2011
-pentaksiran 1 telah selesai
-ucapan Guru Besar
                 -meminta ibubapa turut memainkan peranan di rumah
                 -melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dirancang

Tn. Guru Besar, Tuan Abdul Malik bin Abdul Rahman


Monday, 13 June 2011

Hello! Hello! Siapa di sana?

Aktiviti P&P:

(KTI 1.2.9) Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dengan bimbingan.
Obj: Murid dapat menghasilkan telefon sendiri.


Murid membuat telefon daripada cawan kertas dan tali tangsi.


Cawan kertas
Tali tangsi
Paku
Warna air
Berus

Bahan-bahan yang diperlukan

Tebuk ditebuk untuk memasukkan tali tangsi

Cawan yang telah ditebuk

Proses mewarnakan cawan mengikut kreativiti
Bantuan guru diperlukan untuk mengikut lidi bagi memastikan tali tangsi  kekal pada cawan

Siaplah sudah telefon buatan sendiri.


Hello! Hello! Assalamualaikum. Siapa di sana?

Thursday, 9 June 2011

Tukar Ms Office kepada fail PDF

Dalam post sebelum ini, saya ada menerangkan cara menukar PDF kepada word, Untuk entri kali ini, saya akan menerangkan sebaliknya pula -menukar sebarang dokumen dari Ms Office kepada format fail PDF.
Seperti yang kita ketahui, fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro. Namun kini anda boleh membuat fail PDF dengan mudah sahaja menggunakan perisian percuma CutePDF.
CutePDF boleh membuat fail PDF dari apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi). Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail PDF dengan menekan Print, dan pilih CutePDF Writer sebagai printer anda.
Untuk menggunakan CutePDF Writer, anda haruslah terlebih dahulu install Ghostscript di dalam Windows. Download CutePDF Writer dan Ghostscript di sini.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, 29 May 2011

Tukar ADOBE PDF kepada Word

Mungkin anda pernah menghadapi kesukaran untuk untuk mengEDIT dokumen Adobe PDF. Terdapat cara mudah untuk mengatasinya. Anda boleh boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini (PDF to DOC Converter) melalui 2 cara:
1. secara online, tanpa perlu memasang sebarang software di dalam komputer anda. Dokumen yang anda telah tukar formatnya akan di hantar terus ke e-mel anda. Ianya PERCUMA
2.melalui software PDFZilla.

Terdapat beberapa laman web yang menyedia perkhidmatan PDF to DOC Converter secara online. Antaranya

1.PDF Converter





Sekiranya anda tidak mahu menggunakan perkhidmatan tersebut secara online, anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan serupa dengan memasang software PDFZilla ke dalam komputer anda.
PDFZilla  lebih unggul kerana ianya PERCUMA, selain boleh menukar format PDF kepada DOC MS Word/RTF/TXT/format imej (jpg, bmp,gif dan png)/HTML/SWF mengikut keperluan anda.
 Untuk mendapatkan PDFZilla secara percuma, sila ikuti langkah berikut::
1. sila klik PDFZilla
2.install software tersebut dan masukkan kod regestrasi berikut: W134286MN5F1CDA
3.Anda boleh menggunakan perisian tersebut sekarang
Nah, sekarang anda tidak mempunyai kesulitan lagi untuk menukar sebarang format fail Adobe PDF.

Friday, 27 May 2011

Kertas Kerja: PROJEK AMALAN TERBAIK DALAM P&P

1.            KATEGORI
Pembelajaran Melalui Projek

2.            TAJUK
TEMA                                  :  DUNIA TEKNOLOGI
SUBTEMA                            :  KENDERAAN AIR

3.            KAEDAH / TEKNIK
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran  melalui projek melalui penghasilan buku skrap

4.            SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting. 
Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air.  Seterusnya murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru.  Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting.  Guru akan mengadakan pertandingan  menghasilkan buku skrap di antara  kumpulan.  Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah.

5.            KUMPULAN SASARAN
Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6.            JUMLAH MURID
25 orang

7.            LATAR BELAKANG
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid  kepada dua belas  kumpulan kecil.  Murid akan dibahagikan dalam  12  kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri daripada  2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada 3 orang murid.   Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan membantu guru membuat pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling kemas dan cantik untuk dijadikan pemenang.      

8.            RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK
Penggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

9.            STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN
BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan yang betul
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

10.          KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap

11.          PERINCIAN AKTIVITI
 Langkah-langkah pelaksaaan:
1.        Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan air kepada murid (Rujuk Lampiran)
2.       Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.
3.       Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru
4.       Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.
5.       Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap
6.       Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.
7.       Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar kenderaan air yang telah disediakan, melukis gambar kenderaan yang diketahui, menggunting gambar mengikut petak yang disediakan
8.       Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.

12.          KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN
PFK 1.2.14           Menyurih menggunakan templet atau objek.
KTI 1.1.5             Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
KTI 1.2.3           Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
PSE 3.2.7              Berkongsi idea, barangan dan peralatan


13.          KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P
Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

14.          NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKAN
Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama di dalam memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam pertandingan ini.  Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam diri kanak-kanak ini.


15.          KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INI
Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai kemahiran-membaca, menulis, mewarna, menggunting.  Di samping itu, murid juga lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap projek yang telah dilakukan.

16.          IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)
Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan.  Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing seperti kemahiran menulis, mewarna dan menggunting.

Lampiran.

Slaid powerpoint yang digunakan untuk memperkenalkan nama-nama kenderaan air. Slaid muka surat 12 dan 13 boleh dicetak untuk menghasilkan buku skrap.



 Untuk melihat hasil projek ini, sila klik HASILAN PROJEK

Monday, 23 May 2011

Buku Skrap: Tema Pengangkutan Air

Bahan ini merupakan slide powerpoint untuk penghasilan buku skrap bertajuk: Kenderaan Air.


1.Slide awalnya menunjukkan gambar-gambar kenderaan air. 
2.Guru menunjukkan kepada murid gambar-gambar kenderaan air tersebut. 
3.Murid mengeja nama-nama kenderaan air tersebut.
4. Dua slaid terakhir digunakan untuk menghasilkan buku skrap.

Langkah-langkah menghasilkan buku skrap:

1. Warnakan gambar kenderaan air
2. Salin semula perkataan (nama kenderaan)
3. Staplekan(bantuan guru)
4.Binding dengan binding tape.
5.Maka. terhasillah buku skrap



Bahan yang digunakan.
Menulis kembali perkataan
Nama kenderaan yang telah siap ditulis
Gambar yang telah siap di warnakan
Staplekan buku dengan bantuan guru






Memotong lebihan binding tape

Hasilnya: muka surat pertama
Muka surat kedua


Anak-anak gembira menghasilkan buku mereka sendiri

Untuk mendapatkan slide powerpoint dan juga lembaran kerja untuk menghasilkan buku skrap sila klik:

Selamat Mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Murid Prasekolah Wawasan 2011

Murid Prasekolah Bestari 2011

SKBL

Kelas Prasekolah Bestari

Kelas Prasekolah Wawasan