Dalam post sebelum ini, saya ada menerangkan cara menukar PDF kepada word, Untuk entri kali ini, saya akan menerangkan sebaliknya pula -menukar sebarang dokumen dari Ms Office kepada format fail PDF.
Seperti yang kita ketahui,
fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail
PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro. Namun kini anda boleh membuat fail
PDF dengan mudah sahaja menggunakan perisian percuma
CutePDF.
CutePDF boleh membuat fail
PDF dari apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi). Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail
PDF dengan menekan Print, dan pilih CutePDF Writer sebagai
printer anda.
Untuk menggunakan CutePDF Writer, anda haruslah terlebih dahulu
install Ghostscript di dalam Windows.
Download CutePDF Writer dan Ghostscript
di sini.
SELAMAT MENCUBA