Jamuan Aidilfitri 2011 telah diadakan pada 09 September 2011. Murid-murid ceria berpakaian 'raya'. Ibubapa/waris gembira melihat telatah anak mereka. Kuih raya yang dibawa murid menjadi santapan semua. Jamuan nasi yang dimasak bergotong royong menambah selera. Kehadiran semua warga SKBL menyerikan lagi suasana. Terima kasih kepada semua yang membantu. Salam Aidilfitri dan salam Kemerdekaan
Friday, 9 September 2011
Jamuan Aidilfitri 2011
Tarikh: 09 September 2011

Labels:
aktiviti 2011
Monday, 5 September 2011
Rayakan Merdeka 2011
Pada tahun ini, sambutan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan kali ke 54 di sambut selang sehari. Aidilfitri yang diraikan pada 30 Ogos diikuti dengan Kemerdekaan sehari selepasnya. Murid-murid prasekolah aktif mengambil bahagian di dalam program/aktiviti sempena Merdeka Raya ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan kelas prasekolah sendiri. Berikut gambar-gambar sekitar sambutan Aidil Fitri dan Bulan Kemerdekaan Prasekolah SKBL 2011.
1. Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SKBL.

1. Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SKBL.
Tak tau le budak-budak ini faham ke tidak cerita kemerdekaan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Tajuddin Salleh. Semoga suatu hari nanti, mereka akan lebih menghayati erti kemerdekaan. |
2. Tanjak Merdeka.

Untuk dapatkan template "Tanjak Merdeka"
AKTIVITI :
- Guru bercerita tentang Bendera Malaysia dan serba sedikit tentang Malaysia.
- Kanak-kanak mewarnakan template tanjak yang diberikan dengan warna yang betul.
- Menggunting tanjak dan melekatkan mengikut saiz kepala masing-masing.
- Menyanyi lagu “31 Ogos” dendangan Sudirman
- Sama-sama melaungkan “Merdeka!” sebanyak tiga kali
proses mewarna |
Gunting mengikut garis putus |
Siap gunting, begini hasilnya |
Sambung kedua-dua bahagian menggunakan stapler |
Nah, tanjak merdeka yang telah siap |
1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera |
3. Kad Merdeka Raya
Hasil yang dipamerkan |
4. Pertandingan Mewarna
Gambar yang telah diwarnakan |
Pemenang pertandingan mewarna- kelas Bestari |
Pemenang Pertandingan Mewarna -kelas Wawasan |
5. Kelas Merdeka Raya
6. Paling seronok dapat DUIT RAYA
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
SALAM KEMERDEKAAN NEGARA KE 54
1MALAYSIA: TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA
Labels:
merdekaraya
Subscribe to:
Posts (Atom)
Murid Prasekolah Wawasan 2011
Murid Prasekolah Bestari 2011
SKBL
Kelas Prasekolah Bestari

Kelas Prasekolah Wawasan