Friday 9 September 2011

Jamuan Aidilfitri 2011

Tarikh: 09 September 2011

Jamuan Aidilfitri 2011 telah diadakan pada 09 September 2011. Murid-murid ceria berpakaian 'raya'. Ibubapa/waris gembira melihat telatah anak mereka. Kuih raya yang dibawa murid menjadi santapan semua. Jamuan nasi yang dimasak bergotong royong menambah selera. Kehadiran semua warga SKBL menyerikan lagi suasana. Terima kasih kepada semua yang membantu. Salam Aidilfitri dan salam Kemerdekaan



Monday 5 September 2011

Rayakan Merdeka 2011

Pada tahun ini, sambutan Aidilfitri dan sambutan kemerdekaan kali ke 54 di sambut selang sehari. Aidilfitri yang diraikan pada 30 Ogos diikuti dengan Kemerdekaan sehari selepasnya. Murid-murid prasekolah aktif mengambil bahagian di dalam program/aktiviti sempena Merdeka Raya ini yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan kelas prasekolah sendiri. Berikut gambar-gambar sekitar sambutan Aidil Fitri dan Bulan Kemerdekaan Prasekolah SKBL 2011.

1. Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SKBL.

Tak tau le budak-budak ini faham ke tidak cerita kemerdekaan  yang disampaikan oleh Tn. Hj. Tajuddin Salleh.  Semoga suatu hari nanti, mereka akan lebih menghayati erti kemerdekaan.

2. Tanjak Merdeka.
tanjak merdeka
Untuk dapatkan template "Tanjak Merdeka" 

AKTIVITI           :
  1. Guru bercerita tentang Bendera Malaysia dan serba sedikit tentang Malaysia.
  2. Kanak-kanak mewarnakan template tanjak yang diberikan dengan warna yang betul.
  3. Menggunting tanjak dan melekatkan mengikut saiz kepala masing-masing.
  4. Menyanyi lagu “31 Ogos” dendangan Sudirman
  5. Sama-sama melaungkan “Merdeka!” sebanyak tiga kali 

proses mewarna


Gunting mengikut garis putus

Siap gunting, begini hasilnya
Sambung kedua-dua bahagian menggunakan stapler
Nah, tanjak merdeka yang telah siap

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
3. Kad Merdeka Raya
Hasil yang dipamerkan


4. Pertandingan Mewarna
Gambar yang telah diwarnakan
Pemenang pertandingan mewarna- kelas Bestari
Pemenang Pertandingan Mewarna -kelas Wawasan



5. Kelas Merdeka Raya



6. Paling seronok dapat DUIT RAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

SALAM KEMERDEKAAN NEGARA KE 54
1MALAYSIA: TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Murid Prasekolah Wawasan 2011

Murid Prasekolah Bestari 2011

SKBL

Kelas Prasekolah Bestari

Kelas Prasekolah Wawasan