Friday, 27 May 2011

Kertas Kerja: PROJEK AMALAN TERBAIK DALAM P&P

1.            KATEGORI
Pembelajaran Melalui Projek

2.            TAJUK
TEMA                                  :  DUNIA TEKNOLOGI
SUBTEMA                            :  KENDERAAN AIR

3.            KAEDAH / TEKNIK
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran  melalui projek melalui penghasilan buku skrap

4.            SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting. 
Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air.  Seterusnya murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru.  Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting.  Guru akan mengadakan pertandingan  menghasilkan buku skrap di antara  kumpulan.  Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah.

5.            KUMPULAN SASARAN
Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6.            JUMLAH MURID
25 orang

7.            LATAR BELAKANG
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid  kepada dua belas  kumpulan kecil.  Murid akan dibahagikan dalam  12  kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri daripada  2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada 3 orang murid.   Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan membantu guru membuat pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling kemas dan cantik untuk dijadikan pemenang.      

8.            RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK
Penggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

9.            STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN
BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan yang betul
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

10.          KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap

11.          PERINCIAN AKTIVITI
 Langkah-langkah pelaksaaan:
1.        Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan air kepada murid (Rujuk Lampiran)
2.       Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.
3.       Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru
4.       Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.
5.       Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap
6.       Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.
7.       Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar kenderaan air yang telah disediakan, melukis gambar kenderaan yang diketahui, menggunting gambar mengikut petak yang disediakan
8.       Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.

12.          KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN
PFK 1.2.14           Menyurih menggunakan templet atau objek.
KTI 1.1.5             Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
KTI 1.2.3           Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
PSE 3.2.7              Berkongsi idea, barangan dan peralatan


13.          KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P
Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

14.          NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKAN
Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama di dalam memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam pertandingan ini.  Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam diri kanak-kanak ini.


15.          KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INI
Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai kemahiran-membaca, menulis, mewarna, menggunting.  Di samping itu, murid juga lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap projek yang telah dilakukan.

16.          IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)
Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan.  Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing seperti kemahiran menulis, mewarna dan menggunting.

Lampiran.

Slaid powerpoint yang digunakan untuk memperkenalkan nama-nama kenderaan air. Slaid muka surat 12 dan 13 boleh dicetak untuk menghasilkan buku skrap.



 Untuk melihat hasil projek ini, sila klik HASILAN PROJEK

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Murid Prasekolah Wawasan 2011

Murid Prasekolah Bestari 2011

SKBL

Kelas Prasekolah Bestari

Kelas Prasekolah Wawasan